Tuesday, September 29, 2009

Saya memang marah

amaran: entry agak panjang

Sebab baju raya saya tak jadi. Lebih marah lagi bila tailor tak mengaku salah dan masih menegakkan benang yang basah dan cuba mengatakan baju yang siap dijahit adalah seperti di minta.

Apekah?

Ini adalah gambar baju yang diminta. Sila lihat. Baju adalah ala ala baju berpotongan longgar dan lurus yang mana bahu adalah jatuh ke bawah ala ala baju kurung kedah serta lengan yang juga berpotongan longgar. Leher agak bujur dan lebar ke sisi.. Okay.. Semua paham..



Mari kita teruskan dengan baju yang siap.. (Maaf gambar tidak ada) Takper saya boleh gambarkan.. Baju yang siap adalah baju kurung moden dengan leher ala ala t-shirt berkolar bulat. ada shape tapi berpotongan besar. lengan ala2 baju kurung moden yang lurus kat atas dan kembang dekat bawah. dan panjang baju yang tergantung di atas peha. Okay.. semua paham...

I was like...

Eh, kenapa baju ni lain yer?

and she goes..

betul la dik.. itulah baju yang adik mintak hari tu. Baju macam baju kaftan sikit2 kan..

Manusia normal mmg tahu baju yang diminta adalah bukan seperti baju yang siap dijahit..

dan bila saya try.. saya cakap... ni bukan baju yang saya nak... lepas tu kenapa badan dia pendek yer...

and she goes..

Oh pendek sebab kain tak cukup la dik. Kita memang ambik secukup kain you..

dan saya menjawab

haa? tak cukup.. selama hari ni saya buat baju 2 meter tak pernah ada orang complaint tak cukup kain pon

dan dia jawab..

sebab adik tinggi..

dan saya terfikir dan berkata dalam hati..

Yer saya tinggi.. tapi bukan lah tinggi mana pon 163 cm.. dan nampak tinggi sebab saya kurus dan selalu pakai heels tinggi2

saya diam dan terus buat muka tak puas hati..

Baju tu adalah super ugly okay.. Bayangkan kalau orang bersaiz S pakai baju kurung moden bersaiz L yang leher dia macam t-shirt berkolar bulat dan lepas tu baju tu singkat paras peha.. Sila bayangkan

tailor dia yang nampak keadaan saya terus approach saya... dan cakap.. okay.. sebabkan baju ni tak jadi macam you nak.. dia pon suggest la camner nak cantik kan baju tu

Bila makcik tuan punya kedai tu berlalu pergi.. dia pon tanya .. nak design macam mana sebenarnya.. Bila saya bitau dan tunjuk gambar.. tailor dia pon terkejut... cakap baju tu totally different..

So tailor tu pon pujuk2 la saya.

Apa yang buat saya sangat marah adalah bila orang buat salah dan tak nak mengaku buat salah.. dan lepas tu bila saya cakap okay saya boleh terima tapi nak kecikkan badan dan buat betul2 ikut saiz saya.. dia pon mula bising2...

sayang la dik, kalo nak potong, kain you ni mahal..
mula2 saya ignore jer.. bila dia keep repeating the same word again and again.. saya reply.. sebab kain saya mahal la saya tak puas hati macam ni.. Bila kain 280 rm tapi bila siap jadi macam baju pinjam.. serba tak jadi semuanya...

dan dia jawab
yer saya tahu kain adik mahal..saya pernah buat satu baju customer kain sutera macam ni jugak sebab tu saya tak bagi potong

at the end bila dipujuk2 tailor dia, saya bersetuju nak amik baju tu keesokan harinya tapi dengan syarat dia alter baju tu kasi panjang sket. (which means dia akan bukak jahitan dekat bawah yang lipat tu dan jahit sikit jer) tak solve the proble tapi at least better than before la

The next day, bila saya datang, makcik tu tak jaga kedai. Kakak dia yang jaga.. Baju tu pulak ada masalah biler tailor nak alter tapi tak jadi seperti apa yang di cadangkan..

Kakak dia tiba2 cakap..
Kakak dia: Bagus lah you, kain you dah silap jahit you still nak ambil lagi..
saya: tgk lah dulu maybe saya tak nak bayar upah kot kejap lagi (Gila ke aper, upah dia 110 tau)
Kakak dia: Selalu customer tak nak amik dah tau kalau jadi macam ni

Bila dia pergi, tailor2 dia pon cakap.. haa apa lagi bos pon dah cakap.. tak payah amik.. baik tak payah amik.. mintak ganti rugi jer

Bila cakap dengan tuan kakak dia.. kakak dia suruh deal sendiri dengan adik dia..

Berikut adalah perbualan telefon antara saya dan makcik yang salah buat baju saya tu

Saya: Saya tak nak lah baju tu
Makcik: Kenapa pulak?
Saya: sebab baju tu bukan macam yang saya minta
Makcik: betullah itu baju yang awak mintak
Saya: Bukan, baju yang siap totally different
Makcik: Tapi kain you tak cukup nak buat yang macam you nak (masa ni dia dah i, u dah)
Saya: kalau tak cukup kenapa tak bagi tahu masa saya mintak design tu, lepas tu kenapa main jahit jer
Makcik: Okay lah, i tak boleh bagi duit balik, nanti you amik jer kain dekat kedai i
Saya: saya tak nak kain. Macam mana saya nak tahu value kain tu sama dengan value kain saya
Makcik: Kain i 250, i dapat murah sebab i beli banyak. Lagipon kain you bukan berkualiti sangat. Kain reject!

(Saya adalah sangat terkejut okay)

Saya: Kenapa pulak kata kain reject. Saya beli kain tu dekat terengganu. Memang tempat sutera batik. Masa saya beli design tu baru keluar.
Makcik: I selalu beli kain la. Sekali i beli kain sampai 30 ribu tau. Setakat kain macam kain you i tahu sangat. I bukan nak berlagak. Tapi mmg i kalau beli kain 30 ribu
Saya: Kalau you boleh beli kain sampai 30 ribu tak kan you tak boleh ganti duit i 280 ringgit kot.
Makcik: I bukan tak boleh ganti, tapi memang i tak rosakkan baju you. Dah lah, nanti u datang kedai amik kain jer, suka hati you lah nak datang kedai bila. Jangan kol i lagi.. kol kedai jer.

dan dia terus letak telefon..

Adalah sangat kurang hajar okay makcik itu...

Kawan2 sekalian. Jika anda bercadang nak buat baju dekat Noora's butique di PKNS Bangi, sila batalkan niat anda.. Sebab makcik tua tu adalah sangat sangat sangat kurang sopan.

Sampai skang saya tak pergi kedai dia lagi.. Sakit hati okay.. Rosak kan kain orang lepas tu nak buat perangai macam tu plak..

Semoga Allah membalas perbuatan anda yang kejam itu!!!

2 comments:

azah said...

haah! mmg jahat.. kita pun marah bila baca!

Little Things said...

super duper jahat!! benci tau!!